Saturday, November 5, 2011

RAYA PERANTAUAN PON BEST JUGAK (tutup muka)

Salam eidul adha kepada semua, sempena esok merupakan Hari Raya Eid Adha yang bakal memberi seribu satu makna, maka terdetik NR nak menghupdate entry kali ni. (wahhh gitu padahal first entry, NR telah delete blog lama atas sebab-sebab cukup munasabah)

SAMBUTAN HARI RAYA di luar negara sememangnya tidak sama di Malaysia... tidaklah kelihatan nenek-nenek membakar lemang, turut atok-atok menganyam ketupat, tidak ada sama sekali kanak-kanak dengan riang ria bermain mercun.. yang nampak... rakan-rakan yang kacak dan cantik memakai baju melayu dan baju kurung penuh labuci. Sekiranya raya jatuh pada hari cuti, maka berseleraklah kami bertandang ke rumah-rumah rakan, sekiranya raya jatuh pada hari akademik, maka menangislah kami bertakbir raya.. (kesat air mata) ahhh ini propa!

Situasi di Russia, bagi mereka yang menetap di Moscow, mereka akan bersolat sunat hari raya di Kedutaan seperti biasa, dan NR di Nizhny Novogorod, bertakbir di asrama sahaja.. walau berbunyi sayu dan sedih seketika, namun sebenarnya ada ibrah di sebalik kisah beraya di luar negara

Sempena Hari Raya Qurban. (SENANG CITER KISAH PENGORBANAN OLEH IBRAHIM A.S DAN ISMAIL A.S), sangat menusuk qolbu bagi mereka yang berjauhan dengan family, berjauhan dengan tanah air.

Berikut pengorbanan yang kami lalui, keperitan, dan ketabahan:
  1. Cabaran Bahasa yang sukarrr
  2. Kelas yang jauh mengambil masa 1-2 jam dari rumah walaupun   menaiki train yang laju
  3. SUHU MELAMPAU -40 darjah celsius tetap tiada darurat
  4. MASYARAKAT yang tidak mesra
  5. Tiada RESTORAN HALAL. (kau mampu nak tahan? )

Maka saat-saat ketabahan ini telah kami ambil sebagai pengajaran dan menerima nya secara terbuka di hati. Sesungguhnya kesempitan yang Allah turunkan bukanlah untuk membebankan hambanya, tetapi menguatkan hati hamba-Nya..
Maka inilah pengorbanan, pengorbanan dalam menuntut ilmu, mengabaikan anasir-anasir hattuihhh ini.

Maka ambillah kisah pengorbanan Ibrahim a.s dan lengkapkan dalam kitaran hidup kita sempena HARI RAYA EIDUL ADHA 2011.

hari raya eidul fitri punya... ade aku kesah?? haha


"Sesungguhnya NR sangat merindui keluarga di Malaysia, andai 7000km ini sejarak 7km, sekarang jugakkkk lari balik kampung... selamat bermimpi"










3 comments: