Wednesday, November 16, 2011

Nak pegang salji tak???

Peace yalls.. lama tak mengupdatekan entry atas sebab terlalu bz dengan test yang pelbagai. Beginilah nasibku yang mengamil medic, ari ni test, esok test, tulat test, kelmarin test. tak lekang langsung. Jadi sekarang dah masuk November.. adek-adek tau tak November adalah musim ape ye adek-adek? (teibee pulak nak adek-adek haha) So November di Russia adalah musim sejuk atau Winter. Winter di Russia start akhir bulan 10 dimana salji2 nipis akan turun pada bila-bila masa sessuke hati dia. Dengar je salji ramai excited kan, tapi bagi kami yang duduk di sini di bawah paras beku average -30 degree (notice ye ni negative 30), memang menyakitkan.Mari NR jelasskannn dekat yals..


Suhu: 0 to -10 (tangan mula rasa sakit, telinga juga, tapi telinga tak sakit sangat,time ni kene start pakai tebal sikit mcm 2 lapis je. jaket biase pon ok)

Suhu:-10 to -15 ( hidung start sakit, kalau ada angin kuat dari kutub utara, rse mcm nak tercabut, but stil boleh tahan, telinga kene cover, takot tercabot (frost bite)

Suhu: -15 to -20 (hidung start kering, kalau ade hingus, hingus pun beku. haha. mcm taik idong taw. Peha start sakit, kaki, kuku kaki mcm nak tercabot, same dengan kuku tangan)

Suhu: -20 to -30 (muka macam disiat-siat, saket taw! time ni tak rase sejuk tapi rasa saket dah, time ni kene pakai tebal2, baju belon tu ditambah dgn sweater tebal2 kat dalam)

Suhu: -30 to -40 (Muke kene pakai mcm topeng sebab takot hidung pulak tercabot. so time ni normally dalam bulan January, so mase ni winter break,. no classes. so time ni ramai keluar ke negara eropah, nak lari dari sejuk. -40 tak rasa sejuk, tapi rasa sakit, mcm kulit disiat-siat hidup)

Hahahahaha nak salji????????????? salji di Eropah sangat like like sebab die warm snow.. so tak kering macam kat Russia, bak pasir. kau baling kalau masuk baju, teros menggelepor macam orang gila, mampuu??


ala tomeyynye die...  


Autumn to Winter depan hostel NR
jam straberry... cicah salji,.. ehhh


SNOWFLAKES!!! LAWA!!
gedik betol sape tulis ni.. haha!!

 
Depan campus NR.. tuddiah mcam kutub utara x??





Teringatkan kampung halaman, penuh rumput hijau, tapi sini rumput putih.. opss


Sunday, November 6, 2011

ANAK PERANTAU BERAYA SAKAN!

"Siapakah yang sudi, Menghulurkan simpati,Kepada nasibku ini, Agar dapat kurasa, Nikmat di hari raya,
Seperti insan yang lain....." nanyiiii sambil tarek suara nyaring2...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua... mentang-mentanglah raya di Malaysia sangat seronok, makan rendang, ketupat, tengok lembu kambing unta kene sembelih..  kami disini  seperti biasalah, tidak dapat ke masjid kerana terlalu jauh.. maka bersolat jemaah sunat hari raya di Villa (padahal hostel) sahaje
Cerlassss tak baca kutbah? 

ironi sangat, yang depan baju kemeja (lari tema) yang belakang siap songket (over tema)
silalah... ketupat dan rendang... (nasik goreng dgn ikan masin bersama telur)
walau tidak serupa di Malaysia yang meriah dengan ketupat serta rendang Mak Opah masak, namun tetap bahagia bersama rakan-rakan yang kuat ukhwahnya... (wah dalam hati siapa yang tahu,,, aku menanges sorang nak raya makan ketupat!)

Saturday, November 5, 2011

RAYA PERANTAUAN PON BEST JUGAK (tutup muka)

Salam eidul adha kepada semua, sempena esok merupakan Hari Raya Eid Adha yang bakal memberi seribu satu makna, maka terdetik NR nak menghupdate entry kali ni. (wahhh gitu padahal first entry, NR telah delete blog lama atas sebab-sebab cukup munasabah)

SAMBUTAN HARI RAYA di luar negara sememangnya tidak sama di Malaysia... tidaklah kelihatan nenek-nenek membakar lemang, turut atok-atok menganyam ketupat, tidak ada sama sekali kanak-kanak dengan riang ria bermain mercun.. yang nampak... rakan-rakan yang kacak dan cantik memakai baju melayu dan baju kurung penuh labuci. Sekiranya raya jatuh pada hari cuti, maka berseleraklah kami bertandang ke rumah-rumah rakan, sekiranya raya jatuh pada hari akademik, maka menangislah kami bertakbir raya.. (kesat air mata) ahhh ini propa!

Situasi di Russia, bagi mereka yang menetap di Moscow, mereka akan bersolat sunat hari raya di Kedutaan seperti biasa, dan NR di Nizhny Novogorod, bertakbir di asrama sahaja.. walau berbunyi sayu dan sedih seketika, namun sebenarnya ada ibrah di sebalik kisah beraya di luar negara

Sempena Hari Raya Qurban. (SENANG CITER KISAH PENGORBANAN OLEH IBRAHIM A.S DAN ISMAIL A.S), sangat menusuk qolbu bagi mereka yang berjauhan dengan family, berjauhan dengan tanah air.

Berikut pengorbanan yang kami lalui, keperitan, dan ketabahan:
  1. Cabaran Bahasa yang sukarrr
  2. Kelas yang jauh mengambil masa 1-2 jam dari rumah walaupun   menaiki train yang laju
  3. SUHU MELAMPAU -40 darjah celsius tetap tiada darurat
  4. MASYARAKAT yang tidak mesra
  5. Tiada RESTORAN HALAL. (kau mampu nak tahan? )

Maka saat-saat ketabahan ini telah kami ambil sebagai pengajaran dan menerima nya secara terbuka di hati. Sesungguhnya kesempitan yang Allah turunkan bukanlah untuk membebankan hambanya, tetapi menguatkan hati hamba-Nya..
Maka inilah pengorbanan, pengorbanan dalam menuntut ilmu, mengabaikan anasir-anasir hattuihhh ini.

Maka ambillah kisah pengorbanan Ibrahim a.s dan lengkapkan dalam kitaran hidup kita sempena HARI RAYA EIDUL ADHA 2011.

hari raya eidul fitri punya... ade aku kesah?? haha


"Sesungguhnya NR sangat merindui keluarga di Malaysia, andai 7000km ini sejarak 7km, sekarang jugakkkk lari balik kampung... selamat bermimpi"